/
0 Comments


MASJID KUBAH BATU (QUBBAT AS-SAKHRAH)

Qubbat As-Sakhrah atau “Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning adalah bangunan islam yang tercantik di dunia. Didalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat berdirinya Rasulullah SAW hendak naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Masjid Qubbat As Sakhrah yang terletak di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini telah dibangun oleh Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 638 Masehi. (Baca : Sejarah Masjid Al Aqsa di Jerusalem)

Di sisi bawah Masjid Qubbat As Sakhrah merupakan Tembok Ratapan

Jika kita menghadap masjid ini, di sebelah kanan ada dinding yang menurun ke bawah. Inilah tembok Al Buraq atau Tembok Ratapan yaitu tempat yang dikatakan suci oleh orang Yahudi. Orang Yahudi dan Kristian tidak dibenarkan berada di kawasan Haram Al-Sharif ini kecuali beberapa hari tertentu dalam setahun.

Di sisi utara Masjid Qubbat As Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa

Jarak antara Masjid Qubbat As Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa adalah kira-kira 50-100 meter. Ketika memasuki kawasan tanah suci, anda terpaksa diperiksa oleh askar Yahudi. Namun patut dipahamkan, askar tersebut  untuk menghalang kemasukkan orang Kristian atau Yahudi ke kawasan suci orang Islam. Pernah terdapat peristiwa oleh kaum yahudi yang mencoba membakar Masjid Al-Aqsa.

PENAKLUKAN BAITULMUQADDIS

Pada tahun 638 Masehi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad SAW, tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Monofisit Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat.

Saidina Umar bin Khattab memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Siapa pun yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Siapa pun yang ingin terus tinggal, akan dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.

Saidina Umar bin Khattab kemudian menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar bin Khattab ditawarkan shalat di dalamnya. Saidina Umar bin Khattab menolak, takut akan timbulnya prasangka. Saidina Umar bin Khattab sebaliknya menunaikan shalat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan Masjid Umar di Baitulmuqaddis.

Saidina Umar bin Khattab kemudian meminta supaya dibawa ke tempat Masjid Al-Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar bin Khattab mendapati tempat itu dipenuhi dengan debu dan sampah karena telah ditinggalkan beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tentera Romawi. Saidina Umar bin Khattab terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta-merta. Sebuah masjid yang dibuat dari kayu didirikan pada masa Saidina Umar bin Khattab di sebelah paling selatan Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif.

PEMBESARAN MASJID QUBBAT AS-SAKHRAH

Sekitar tahun 690 Masehi, Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Kerajaan Islam Bani Umayyah telah membina dan membesarkan masjid ini.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan ketika hendak membangun Qubbat As-Sakhrah, dia ingin tahu pendapat rakyatnya Dia menulis kepada rakyatnya, bahwa “Abdul Malik bin Marwan berkehendak untuk membangun sebuah kubah di atas As-Sakhrah (Batu) untuk melindungi orang Muslim dari panas dan sejuk”. 

Dan rakyatnya pun menyetujui dan membalasnya dengan doa, "Semoga Allah SWT membenarkan proyek ini, dan semoga Allah SWT merestui pembangunan Masjid dan Kubah ini dan memberi rahmat kepada Abdul Malik bin Marwan dan para penggantinya." Setelah mendapat persetujuan dari rakyat, Khalifah Abdul Malik bin Marwan kemudian mengumpulkan tukang-tukang dari semua wilayah kekuasaannya dan meminta mereka untuk menyediakan deskripsinya dan bentuk perancangan kubah”

Kemudian masjid ini yang pada awalnya dikenali sebagai Masjid Umar telah ditukarkan namanya kepada "Dome of The Rock" atau Masjid Qubbat As-Sakhrah dan nama ini kekal dipakai hingga hari ini .

Masjid Qubbat As-Sakhrah "Dome of the Rock"

Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci karena masih termasuk di dalam kawasan Al Haram Al Sharif. Keistimewaan Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadikan bangunan ini sebagai simbol utama bagi Kota Suci Baitulmuqaddis.

Wallahu'alam bissawab.


You may also like

MASJID KUBAH BATU (QUBBAT AS-SAKHRAH) Qubbat As-Sakhrah atau “Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuni...

Tidak ada komentar: